top of page

Bagaimana saya nak mendaftar? 

Pendaftaran pelajar untuk kelas-kelas yang terdapat dalam sistem kami ini boleh dibuat secara online dengan mengisi maklumat yang terdapat di halaman “Bayaran”. 

Adakah pengajar di E-Jom Mengaji layak mengajar? 

Sebilangan besar pengajar kami adalah pengajar sepenuh masa dan juga sambilan. Mereka juga merupakan ustaz dan ustazah yang mempunyai pengalaman dalam mengajar Al-Quran. Sebahagian pengajar kami juga memiliki kelayakan seperti diploma mahupun ijazah dalam bidang pengajian masing-masing. Oleh itu, anda tidak perlu risau kerana kami akan menghantar profil pengajar yang berminat terlebih dahulu agar anda dapat melihat latar belakang dan pengalaman mereka. Kami juga akan memberikan nombor telefon pengajar yang dipilih bagi menghubungi mereka dan anda boleh menayakan soalan terus kepada mereka. Setelah anda berpuas hati, anda boleh meneruskan mengatur sesi pertama dengan pengajar tersebut.  

Adakah saya perlu membayar perkhidmatan e-Jom Mengaji untuk membantu saya mendapatkan guru mengaji? 

Anda tidak perlu membayar perkhidmatan kami. Tetapi anda perlu membayar mengikut kategori yang telah ditetapkan di halaman bayaran.  

Bagaiamana kalau saya tak sempat nak masuk kelas mengikut waktu yang yelah ditetapkan? 

Jika anda terlepas kelas, pihak kami akan menyediakan tonton semula (recording class). Oleh itu, ada dapat melihat sendiri mengikut masa anda sendiri di laman akses khas yang akan diberikan kelak nanti.  

Adakah saya perlu muat turun atau pasang (install) aplikasi untuk mengikuti kelas? 

Ya anda perlu install aplikasi google meet sahaja.  

Bahasa apakah yang akan digunakan di dalam kelas? 

Kami hanya menggunakan sesi pembelajaran dan pengajaran dengan mengunakan Bahasa Melayu sahaja.  

Daripada Abu Umammah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa:

"Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya"

Riwayat Muslim (804)

TERUS BERHUBUNG BERSAMA KAMI

Masjid UMS, Jalan Masjid, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

No. Telefon: 088 786 675

Email: ejommengaji10@gmail.com

  • Facebook
  • Instagram
bottom of page