top of page

Program kelas yang ditawarkan dalam website terbahagi kepada 4 program teras, iaitu:-

Kelas Iqra

Kelas ini sesuai bagi kanak-kanak yang berusai 12 tahun kebawah dan ibubapa yang sibuk sampai tak sempat nak ajar anak sendiri.

Kelas Tarannum

Kelas ini sesuai untuk memperbaiki suara menjadi merdu ketika membaca Al-Quran dan seseorang itu sudah mahir membaca AL-Quran.

Kelas Quran & Tajwid

Kelas ini sesuai kepada orang yang pandai membaca AL-Quran tetapi masih kurang pengetahuan berkaitan dengan tajwid.

Kelas Tadabbur Al-Quran

Kelas ini sesuai bagi seseorang untuk memahami isi kandungan Al-Quran, menjiwainya serta menerbitkan rasa cinta Al-Quran yang kekal.

Kami juga ada menyediakan program tambahan yang terbuka kepada semua golongan umur antaranya:-

01/

Kelas Tasmi'

Ianya merupakan satu program membimbing dan merekod perkembangan bacaan Al-Quran pelajar secara individu berdasarkan program yang diaturkan bagi membolehkan murid khatam Al-Quran semasa berada di sekolah rendah.

02/

Kelas Fardhu Ain

Kelas ini akan mendedahkan ilmu Fiqh berdasrkan Al-Quran dan Hadis. ianya juga akan memberikan pengetahuan bagi setiap perbuatan dan amalan diajarkan berdasarkan hadis. Kelas ini juga akan memberikan kefahaman yang mendalam mengenai mazhab shafie.

03/

Kelas Bahasa Arab

Kelas ini akan mendedahkan pembelajaran Bahasa Arab dengan mudah tanpa menghafal. Kesemua latihan yang digunakan dalam kelas ini adlah mengikut silibus Univesiti Saudi. Selain itu, pelajar akan didedahkan dengan konsep domir tanpa menghafal.

Yuran akan dikenakan mengikut pakej dan kelas. Yuran ini akan dibayar 3 bulan sekali.

Program teras

Program tambahan

Daripada Abu Umammah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa:

"Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya"

Riwayat Muslim (804)

TERUS BERHUBUNG BERSAMA KAMI

Masjid UMS, Jalan Masjid, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

No. Telefon: 088 786 675

Email: ejommengaji10@gmail.com

  • Facebook
  • Instagram
bottom of page