
Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang berbunyi:-
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ.
﴿ رواه مسلم ﴾
Maksudnya :-
“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.


"Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, infaq merupakan pemberian berupa wang atau harta yang dibelanjakan untuk kebaikan dan kebajikan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.
Menurut pandangan yang masyhur dalam kalangan ahli fiqh, ibadah infaq hukumnya sunat apabila seseorang itu telah mengeluarkan zakat yang wajib keatasnya. Ini kerana, zakat membersihkan hartanya dan selesailah kewajipan ke atas dirinya.
Pewakaf (Wakif)
Harta yang diwakafkan (Mauquf)
Penerima wakaf (Mauquf Alaih)
Wakaf tidak dihadkan tempoh tertentu.
Tujuan dan maksud wakaf hendaklah jelas.
Wakaf dilaksanakan secara tunai tanpa syarat.

E-Jom mengaji mengalu-alukan sebarang sumbangan dan infaq untuk program-program dakwah dan kebajikan yang dijalankan.
Berikut Merupakan Program-Program Dakwah Di Bawah E-Jom Mengaji

Sumbangan Dakwah Bersama E-Jom Mengaji Online